Photobucket





Tuesday, August 2, 2011

Berpuasa di UiTM Puncak Alam :)

As Salam semua! bagaimana dengan hari anda? skema tak ayat aku? HAHA! tadelaa. sebenanya, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama pembaca blog ini.

Hari ini adalah hari pertama aku berpuasa tanpa keluarga disisi. Berpuasa di tempat orang. *ayat sedih gituu. HAHA! Fyi, this is my first time celebrating Ramadhan in UiTM Puncak Alam with all my friends. Aku dan housemates kecoh gilaa nak celebrate Ramadhan bersama. Siap da fikir bila nak shopping raya da. HAHA!

Aku dan housemates bangun pada pukul 5 pg utk bersahur bersama. Agak kecoh blok R2 tuu aku rasa dek kekecohan kami. *maaf yaa kepada penghuni blok R2 yg lain. :D Nak berbuka tadi pun sama, masing-masing excited. Almaklum laa, first day puasa! :)

Utk juadah berbuka tadi, aku dan housemates borong di bazar Ramadhan yg diadakan di padang kawad uni kami. Ada banyak gilaa makanan yang dijual. Ada juga kedai yg jual selendang. *ehem. ehem. :D

Namun begitu, aku kesian kt mana-mana siswa and siswi yg tak dapat membeli makanan utk berbuka puasa mengikut selera mereka. Hal ini kerana, gerai yg menjual juadah berbuka td, telah kehabisan makanan. Sabar laa yaa. Dugaan Allah :)

Sampai di sini saja laa omelan aku buat entri kali ini. Ada banyak lg kerja yg perlu disiapkan. Ini adalah salah satu pengalaman baru dlm hidup aku berpuasa di tempat org. Aku tanak lupakan. OK laa. See u guys in the next entri. Selamat menunaikan ibadah puasa semua. *sorry, aku saja buat ayat skema. :DD


*pic ni aku snap petang td. sorry laa. aku tade DSLR. so, ta dpt zoom. lokasi pic : Bazar Ramadhan, padang kawad UiTM Puncak Alam.