Photobucket





Tuesday, August 2, 2011

Berpuasa di UiTM Puncak Alam :)

As Salam semua! bagaimana dengan hari anda? skema tak ayat aku? HAHA! tadelaa. sebenanya, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama pembaca blog ini.

Hari ini adalah hari pertama aku berpuasa tanpa keluarga disisi. Berpuasa di tempat orang. *ayat sedih gituu. HAHA! Fyi, this is my first time celebrating Ramadhan in UiTM Puncak Alam with all my friends. Aku dan housemates kecoh gilaa nak celebrate Ramadhan bersama. Siap da fikir bila nak shopping raya da. HAHA!

Aku dan housemates bangun pada pukul 5 pg utk bersahur bersama. Agak kecoh blok R2 tuu aku rasa dek kekecohan kami. *maaf yaa kepada penghuni blok R2 yg lain. :D Nak berbuka tadi pun sama, masing-masing excited. Almaklum laa, first day puasa! :)

Utk juadah berbuka tadi, aku dan housemates borong di bazar Ramadhan yg diadakan di padang kawad uni kami. Ada banyak gilaa makanan yang dijual. Ada juga kedai yg jual selendang. *ehem. ehem. :D

Namun begitu, aku kesian kt mana-mana siswa and siswi yg tak dapat membeli makanan utk berbuka puasa mengikut selera mereka. Hal ini kerana, gerai yg menjual juadah berbuka td, telah kehabisan makanan. Sabar laa yaa. Dugaan Allah :)

Sampai di sini saja laa omelan aku buat entri kali ini. Ada banyak lg kerja yg perlu disiapkan. Ini adalah salah satu pengalaman baru dlm hidup aku berpuasa di tempat org. Aku tanak lupakan. OK laa. See u guys in the next entri. Selamat menunaikan ibadah puasa semua. *sorry, aku saja buat ayat skema. :DD


*pic ni aku snap petang td. sorry laa. aku tade DSLR. so, ta dpt zoom. lokasi pic : Bazar Ramadhan, padang kawad UiTM Puncak Alam.

Wednesday, July 27, 2011

sesalan

As salam. ok. utk entri kali ini, aku cuma na gtau korg yg aku menyesal gilaaaaaaa harini sebab:

1. aku tak terus g klinik time balik kelas tghari td. pinggang aku masih sakit. pastu, time aku g klinik dgn housemate aku td, da tutup! sob sob :(

2. aku tak g beli tiket utk balik jb time cuti nnt! harap-harap tiket ada lg :(

ni laa faktor-faktor yg menyebabkan aku menyesal dan sedih gilaaaaa harini. hmm. tade apa lg yg hendak aku taip. k laa. bbye!

Sunday, July 24, 2011

i'm back babe!

HAHAHA! sampai juga aku kt UiTM Puncak Alam ni tghari td. Alhamdulillah syukur. :) byk gilaaaa barang yg aku bwk balik dari JB. dari kampung pulaa, aku bwk buah-buahan tempatan. mcm hapee jea aku bwk barang banyak-banyak. mcm baru nak masuk sini jea. HAHA!

Actually, aku balik kampung hari jumaat lepas. sabtu pagi aku betolak g Shah Alam. di Shah Alam, aku stay kt tempat biasa. rumah Paksu aku yg kt Bkt Bandaraya tuu. so, tayah laa aku terkejar-kejar na balik PAlam ni. tuu yg au balik PAlam tghari td. HAHA! :D

Yg paling menyedihkan harini, aku g sebuah klinik di Shah Alam. tak ingat seksyen berapa. Hee :) kenapa aku g klinik? ni haa. pinggang aku kann sakit gilaaaa since last week. so, aku g laa klinik. check. resultnya? amat laaa menyedihkan. tisu otot spine aku terkoyak! aduhh. gawat ni! padan laa sakit gilaa. hmm. sob. sob. ;(

doc bg aku ubat. suro habiskan. i will doc! mama and abah jgn laa risau sgt. InsyaAllah ida ok kt sini. doc pesan yg aku tak blh bongkok dan capai barang jejauh. duduk pun kena elok-elok jea. beg pun ta blh berat dan bykkan berehat. adehh. mcm mana na bwk buku g kuliah ni? ta best laa if tade buku time na study. -______-"

Hmm. k laa. aku tade mood nak story bebanyak utk entri kali ni. sakit, letih. tension. huu. see u guys in my next entry.

*kerja aku banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaa yg belum siap lg. esok da start kelas da. so, aku blah dulu ok? Assalamualaikum :)

Thursday, July 21, 2011

Syok! Letih! Happy! :D

Syok gilaaa weyh harini. Korg nak tau kenapa? Haa. Kejap laa. Aku nak gtau laa ni. Hee ;) Ni haa. Aku lepak dgn sahabat-sahabat aku harini. Kat mana? Siapa sahabat aku tuu? Eh. Eh. Sabar yaa. HAHA! Harini aku lepak dgn Radin Nurdiayanah ataupun lebih dikenali sbg Rad or Yana. Sorg lg pula bernama, Nurulain Suraya yg lebih dikenali sebagai Ain or Cuya. Kteorg g AEON Tebrau City yg lebih dikenali sbg TC. Best gilaa lepak dgn diorg.

Sementara nak tunggu pukul 11.30am and nak tunggu si Rad bersiap bagai, aku buat mind map bio dulu. *poyo! HAHA! pastu en, yg paling buat aku hot, lama gilaaaaa kteorg tunggu bas. Tak datang datang. Last-last, kteorg naik teksi. Alaaa. Murah jea pun. RM 8 jea. Hee :)

Sampai jea TC en, aku pelik. Apsal laa ramai sgt org ni? Dgn berpagar bagai. *buat muka cute + hairan --> kelakar. HAHA! Laaaa. Rupa-rupanya ada J Card Day. Alaa. Sale besar-besaran utk J Card holder tuu. Hee :) *Mama tau pasal ni. Tp dia senyap jea. Ish. Sabar. Sabar ;)

Lepas buat muka pelik, kteorg pergi laaa makan. Kat mana? Kat KFC. Rindu gilaa kt KFC. Duduk kt PAlam asyik makan McD jea. *tuu yg buat aku gemuk ni. -___-" HAHA! Sambil makan, amik gambar laa. Apalg en? :DD

Selesai melantak, eh jap. Alhamdulillah. Thnx to Allah sbb bg rezeki. :) Haa. Sambung balik, lepas makan kteorg dgn pantasnya mencari segala barang yg ingin dibeli. Kteorg cari beg, baju, kasut dan yg paling tak blh blah, botol air. Ni haa. Rad tersayang na cari botol air utk bawak g kelas. Layannn. :D

Kteorg masuk Jusco, PADINI, Everlast, Converse, Nike, Al-Ikhsan, Summit, Topshop, Viss, Mango, Voir. Apa lg yaa? Da tlupa da. Byk sangat kedai kteorg masuk. HAHA! Tp en, yg palingggg ta blh blah adalah part nak cari kasut aku. Almaklum laaa. Banyak songeh. -___-"

Aku berulang alik g Vincci, Converse, Everlast, Summit, Viss, Voir. Kesian Rad kena buli dgn aku. Sorry eh Rad. Huu. Mesti org kt Converse and Everlast tension tgk muka aku yg mmg susah utk memilih sesuatu. Huu. Sorry ahh bro ;D Kasut utk g kelas aku da beli time tuu. So aku kena cari kasut lepak laa pula. Tuu yg keluar masuk kedai Converse and Everlast tuu. Hee :)

Aku temankan Rad cari beg td. Pastu en, adoi! Ada satu beg sling Puma ni. Subhanallah. Sumpah lawa! Warna pink!!!! Rasa mcm na beli jea. Tak sampai RM 80 pun tak silap aku td. Sabar jelaa kann. Nak beli kang kena marah dgn parents. Yelaa. Haritu aku baru jea beli backpack Nike yg berharga RM 169.00. Kesian mama and abah asyik kena keluar duit utk aku jea. Dah laa aku baru beli dua pasang kasut and sehelai cardigan td. Ish. Tak patut betul laaa aku ni.

Tp en, yg paling aku tension, asal aku nak beli kasut yg aku berkenan jea, mesti tade saiz. Arghhh! Benci laa macam ni :( Dah laaa time g CS last sunday kasut Converse purple yg aku na tade saiz. Td aku g TC minta kasut yg sama pn tade saiz. Ya Allah. Sabar jelaa. Last-last, aku beli kasut Everlast. First time aku beli kasut Everlast. Harap-harap best mcm kasut Converse :)

Pergi TC harini, aku, Ain and Rad asyik beli air jea. Haus laa! Biasa laa. Penat bercakap plus berjalan. Orang perempuan laa katakan. Ecehh. Geli weyh. Euwww. HAHA! :D Balik TC maghrib td, bapak Rad hantar. Thnx Pakcik Zulkifli :) Ain pula, naik teksi. Aku tau kau akan selamat Ain. Dun worry :)

Lepas isyak pulaa td en, aku and famili g Tesco Plentong. Buat apa weyh? Ni haa. Amik spec baru aku. Almaklum laa. Rabun. Power tambah lg laaa. Sedih. Makin tebal spec aku. -____-" Mama kata da macam ugly betty da aku ni. Huu. Eh. Ok laa. Penat aku taip. Nanti aku story lg kt korg ok? Bbye :)



*muka kteorg da berminyak da dek bershopping sakan. :DD

Tuesday, July 19, 2011

mid sem break

Ya Allah, byknya kerja yg perlu diselesaikan dalam masa seminggu ni. kata jea mid sem break, tp kerja yg perlu diselesaikan tinggi menggunung mcm gunung kinabalu. adehh. sabauuu jelaaa. hidup sebagai pelajar kann. na wt macam mana. terpaksa laa sabar. berusaha.

na kena siapkan kuiz bio, kuiz english, assignment physics, mind map bio, slide show tasawwur islam, tutorial yg ta siap sebelum ni lg. adehh. sabar sabar. *ada lg tak eh kerja yg aku tertinggal? terlampau byk laa -_____-"

eh. korg na tau ta? last sunday kann, aku g cs. apa tuu? city square laa. malaysia punya ok? yg kt new york tuu aku ta mampu na g. HOHO! aku saja jea g sana dgn famili. jenjalan. ada satu kasut converse ni kann, lawa gilaaa. warna purple. baru ingat na beli. tp, tade saiz! kecewa gilaaa aku. mama kata, "tape. nnt kau g laa tc lepak dgn kengkawan. cari kasut mcm tu kt butik converse dia." what?? mama bg lg. ok! esok aku pergi. HAHA! :D

korg na tau lg ta? semalam kann, aku g Celcom. ikut g tukar plan no hp aku. so now, aku da tukar no celcom. guna bil. nampaknya, terpaksa laa aku terlebih jimat guna no tuu. if not, kesian parents aku na kena bayar bil. dah laa aku menggatal minta broadband sekali. bertambah laa bil yg parents aku kena bayar setiap bulan. adehh. -____-" so maknanya, aku akan kembali aktif guna no maxis aku. nasib baik laa kengkawan baik semua guna maxis. selamat sikit aku. :DD

hmm. samapi sini jea kott aku na story utk entri kali ini. tatau da na cerita apa. so sekarang, aku na fokus wt segala kerja yg aku ta buat lg. so, take care guys. bbye! :)


*pic ni classmate aku snap time kt klang sentral sementara menunggu bas na balik jb sabtu lepas. :)

Thursday, July 14, 2011

1st TEST ---> habis sudaaa

Alhamdulillah. Selesai sudah test pertama aku sebagai bdk asasi sains kt UiTM PAlam ni. boleh tarik nafas lega sikit. SIKIT jea! jgn na mengada-ngada na tarik nafas lega sangat. naik cuti mid sem break ni, ada test lg. adehh. test apa? test BEL dan CTU. apa tuu? BEL tuu, subjek English. CTU pulaa subjek Tasawwur Islam. lepas cuti raya nnt pula, FINAL exam bakal menyusul. haishh. sabar jelaa. study jelaa.

Malam ni, aku lepak jea. makan, berbual dgn kawan baik. almaklum laa. da lama ta dpt berborak sesama. hee. lepas dinner td, aku g bilik kawan. na amik tag konsert B2ST! HAHA! best gilaa. thnx Tehah! i love u laa. thnx sesangat kt kau cz kau siap call aku lg time diorg nyanyi lagu VIU. macam tawu jea yg aku suka lagu tuu. hee. dapat laa aku merasa dengar diorg nyanyi secara LIVE! wow! fantastic!! ta penah bermimpi aku utk dengar diorg nyanyi. thnx gegila Tehah! :)

Hmm. cakap pasal test, aku ada test chemi n maths td. aku jawab biasa jea. ta reti na cakap macam mana. Only a word can describe it. REDHA. yes. aku redha jelaaa. da jawab. da berlalu punn. Mama kata, "tape. Ida da buat yg terbaik. Doa jea bebyk. belajar lagi. usaha. Mama tawu yg Ida blh buat punya". That's it. I can do it. I'll do the best next time Mama.

sekarang ni, aku fikir na balik rumah jea. na balik Johor Bahru! aku balik sana sabtu pagi nnt. sabar jelaa. tp yg pasti, aku sangat rindu kt my famili. rindu gegila. wait for me guys. Ida balik sabtu ni! :DD

*nanti aku upload laa pape gambar yg berkaitan utk entri kali ni. sekarang, aku na tidur! bbye :)

Sunday, July 10, 2011

1st TEST --> damn terrible

TEST 1 is coming babe! OMG! sangat laa takut. almaklum laaa. aku ni kann biasa jea. ta power sangatt. huu. semalam aku ada trst BIOLOGY and PHYSICS. mak aihhh. senang weyh! *na meletup otak aku. -______-"

OMG! fyi, i cried yesterday. want to know why? for BIOLOGY, aku SALAH lukis cell! sangattt laa buduh kann? kecewa, terkilan, sedih, semua aku rasa semalam. aku rasa mcm na meraung kt dalam dewan exam tu juga! mcm mana laa aku blh terlupa yg cell membrane tuu sebenarnya plasma membrane? yg sepatutnya aku lukis phospolipid bilayer! amat laaa mudah soalan ni. tp oleh kerana aku tersalah lukis, habis 6 marks aku hilang mcm tuu jea. sob. sob. dah laa yg soalan part depan semua tuu belum tentu betul. now, da confirm hilang 6 marks gara-gara tersalah lukis. damn it! na betulkan da ta sempat. so, redhaaaaaaa jelaaaaaa. :(

*

for PHYSICS pula, aku tatau aku jawab apa. sesedap hati aku jea masuk segala info kt soalan tuu kt dlm formula memana entah. formula yg dia bg punn aku ta reti guna. adeh. susah. susah. -__-" aku rasa soalan pertama jea yg ada potensi untuk aku dapat marks. soalan seterusnya, entah laaa. dunno what to say. yg ni punn, redhaaaaaa jelaaaaaa. -______-"

i told my mom about this. she said, "selawat bebanyak. istighfar time exam. jgn gelabah. relax. it's ok sebab ida da cuba buat yg terbaik". hmm. i'm sorry mama, abah. i'll try to do the best in anything that i do after this. i won't let u guys down. doakan ida mama, abah. love u guys. *kaklong sayang wani and adi juga. miss u guys. i'll try to do my best utk test CHEMISTRY and MATHS next wednesday.

next saturday kaklong balik. nnt kita cotcet satu famili lelama mcm selalu ok? :)

Thursday, June 30, 2011

My Weekend :D

Last weekend, aku pergi bermalam kt rumah pakcik aku yg terletak di Bukit Bandaraya U11, Shah Alam. tujuan aku utk bermalam di rumah paksu aku adalah utk pergi buat cermin mata baru. eh silap. tukar lens baru. almaklum laa. mata makin teruk. -____-" so, utk tukar lens ni, kteorg pergi laa kt plaza alam sentral. last-last, mama kata tayah tukar kt situ. tukar time balik jb jea nnt. means, tukar lens kt jb jelaa. hoho. tp kann, bagus juga plan mama tuu. na tawu kenapa? ni haa. pekerja kt kedua2 kedai cermin mata tuu mcm apa jea. ta mesra alam sungguh. adeh. bosan aku masuk kedai tuu. hoho. time aku pergi Plaza Alam Sentral haritu, ada Hujan. "Hujan? apa itu? kat luar hujan ke?" aku tanya kt paksu aku mcmtu. laaa. rupa-rupanya, band Hujan laa. igtkan apa jea -__-"
Hari Ahad pula, aku pergi ke Pesta Buku Negeri Selangor yg diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)dgn famili pakcik aku. syokk gilaa! byk gilaa buku. sumpah aku mmg sukaaaaa buku! aku cari buku cerita or novel english. tp sikit jea yg aku jumpa. if jumpa pn, ta best. so, akhirnya aku beli komik. 3 buah jea. HAHA! saja jea beli. letak kt bilik. bila bosan or tension blh baca. yeah! time aku sini, aku jumpa pula kumpulan nasyid yg popular tuu. alaaahh, raihan. kenal? kenal? diorg ajak bebudak kecik nyanyi sekali. comel :)
Around 6.30pm, baru kteorg sampai ke rumah. So, aku balik Palam lepas maghrib jelaa jawabnya. Igtkan na balik cepat, tp ta sempat. dah laa byk lg kerja yg belum siap. adeh. redha jelaa bak kata dijotjot. HAHA! Before aku balik Palam, paksu, maksu and aku, singgah McD jap. biasa laa. na beli makanan. lapar. HAHA! diorg belikan aku spicy chicken mcdeluxe satu set. burger McD yg palingggg aku suka gilaaaa! pastu tambah lg 1 mc shaker french fries besar punya utk aku. thnx paksu and maksu. thnx sesgt cz jaga ida dgn baik :)






*antara pic yg aku snap time pergi pesta buku ahad lepas.

for those yg belum pergi ke pesta buku ni, ataupun tergerak hati na pergi, pergi laa. best pergi sini. blh pupuk minat suka membaca. amalan suka membaca kan baik. hee. pesta buku ni berlangsung dari 24 Jun - 3 Jul 2011. dari pukul 10.45am - 9pm. so,korg pergi laaa ok? :)

*aku happy gilaa time kuliah td. :DD

Sunday, June 26, 2011

SELAMAT HARI LAHIR - 18thn :D

22 jun yg lepas, aku celebrate bday aku. bestfren dtg ke bilik tepat jam 12 mlm. siap nyanyikan lagu happy birthday dan bg hadiah lg. abis kecoh 1 floor blok R2. HAHA! thnx Saada, Radin n Zakiah. korg mmg terbaik! thnx to all my classmate too sbb nyanyikan lagu birthday aku pepagi buta time kelas CTU. terharu bhai! :D tp kann, aku rasa sedih juga cz famili tade na celebrate bday aku sesama. tape laa. mid sem break da na dekat da ni. sabar jelaa. huu. so, for today, ada 2 org rakan aku sambut bday. they are Nurul Ain Suraya and Azeefarleena Ali. HAPPY BIRTHDAY to u guys! to Ain, aku ta blh g mid laa esk. busy. lgpun aku kt rumah pakcik aku. lepas test kita lepak. ok? to Azee, my new fren, nnt kita celebrate kt raff jelaa ya? HAHA! pape pn, aku na ucapkan sorry to both of u sbb tade hadiah. btw, enjoy your life. :)

*this pic was taken on my birthday. Azee yg pakai baju kurung warna kuning, rambut paras bahu :)

Sunday, June 19, 2011

luahan perasaan --> aku SUKA kt dia ;I

da lama aku ta update blog ni kann? hmm. sori guys. aku bukannya apa. busy teramat sgt. kerja yg ada pun tak siap lg, takan aku nak online jea kann? baru berapa minggu start kuliah, tp kerja da menimbun mcm gunung kinabalu. kalau mcm gunung everest tipu pula laa kann? HAHA! hmm. kali ni kann, aku na cerita sikit psl hati dan perasaan aku kt korg. ehem. ehem. aku kann, suka + minat + apa lg yaa? kt bdk tuuttt. HAHA! sejak hari pertama kuliah lg aku da tersuka kt dia. orgnya tinggi, badan lawa, smart, ensem, baik dan bijak! HAHA! walaupun kteorg berlainan group, tp aku tetap blh tengok-tengok, jeling-jeling kt dia time syarahan. dia CUTE! ENSEM! lagi-lagi bila dia tgh fokus dan menulis. *nampak benar aku tgh angau kann? HAHA! sejak aku suka kt dia, aku berusaha utk mencari facebook dia. namun, hampa. ramai sgt bdk kt palam yg ada nama sama dgn dia. HUU. at last, aku jumpa gak facebook dia beberapa hari yg lepas setelah berusaha mencari sekian lama. HAHA! setiap hari aku nampak dia. mak aihhh. ENSEM gilaaaaaa! OMA! i can't forget his face! i can't get rid of his face out of my mind! gosh! this is crazy man! yeah. really crazy. extremely crazy! HAHA! tp kann, walaupun aku suka kt dia, tp dia tatau pn yg aku ni sukaaaaaa + minaaaaattttt gila kt dia. aku terpaksa pendam jea perasaan aku terhadap dia. almaklum laa. aku ni siapa jea. tiada harta. tiada rupa. ta bijak gilaa mcm dia. hmm. aku hanya mampu melihatnya dari jauh. walaupun hati aku berkata yg aku ni da jatuh cinta kt dia. ouh God. help me please. kalau laa aku dapat tegur dia, mesti aku akan teruja for the whole day or maybe for the whole week! i love the way stares me in the dewan kuliah. hmm. tapi aku ta harap pape pn sejak detik dia pandang aku. cz mungkin dia asyik cari aku hari jumaat lepas sbb nak pastikan yg dia ada chat dgn aku sebelum tuu. tuu jea. aku hanyalah perempuan biasa jea kt mata dia. tade kesan langsung pd dia. hmm. so, aku cuma blh bermimpi utk bersama dia dan terus mencuri pandang ke arahnya semasa kuliah. :(

Wednesday, June 8, 2011

hidup di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

HAI!!! sebelum aku bercerita dlm entri ni, aku nak memohon maaf terlebih dahulu kepada korg semua sebab da lama tak update blog ni. maaf yaa! bukannya apa. aku busy. maklum laa. sejak jadi penuntut di UiTM ni, rutin harian amat padat. berkejar ke sana. berkejar ke sini. minggu lepas adalah minggu pertama aku memulakan sesi kuliah setelah menjalani sesi Minggu Destini Siswa yg merupakan nama khas bg minggu orientasi UiTM. HOHO! tutorial byk wooo! lecturer pula ajar laju gilaaa kott! tp kena laa biasakan kannn? yelaa. kt uni memang macam tuu. HUU. yg paling best kt uni ni adalah tangganya yg tidak putus-putus. macam ular pun ada juga. HOHO! senang cerita, ke mana sahaja kau pergi kt uni ni, ada sahaja tangga. so, macam biasa, kena laa guna tangga-tangga tuu. kalau tanak, guna laa lif. kalau rasa tanak naik tangaa kejayaan yg bisa membakar kalori anda, guna laa bas. murah jea. ta mahal pun. HAHA! so, minggu ni minggu kedua aku start kuliah, byk gila yg perlu dibereskan. tutorial, working plan, apa lg? haaaa, yg paling penting kena baca buku yg tebal-tebal dan lebih berat daripada lesung batu tuu. HEE. ok laa. cukup laa sampai di sini saja celoteh aku kali ini. pape pun, thnx sebab sudi bca entri aku kali ini. and thnx for those yg sudi menambahkan follower blog aku yg simple ini. bbye guys! :DD

Friday, May 6, 2011

OMA! help me!

hari ni result upu keluar. hoho. berdebar-debar aku. hee. tepat jam 11.45am, aku online laa utk check result aku. adeh. line busy! maklum laa. semua org nak check result upu masing-masing. terpaksa laa aku bersabar menanti page loading. akhirnya, dpt gak aku masuk kt page tuu setelah sekian lama menunggu. so, ni laa resultnya :


TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : E0001
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : ASASI SAINS
IPTA : UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
URL SURAT TAWARAN : http://www.uitm.edu.my/kemasukan/tawaran
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya mulai 07 Mei 2011 (Sabtu)
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)


sebenanya, kalau blh aku nak UM or UIAM. tp, tak dpt pula. menyesal pula aku letak UiTM as my 1st choice time apply upu dulu. huu. tp, apakan daya. semuanya sudah terlambat. terkilan betul aku. sob. sob. so, skrg ni, aku tgh confuse sama ada nak pilih matrik or uitm. aku rasa KMNS best. UiTM pn best. hoho. fening. fening. ada sesapa yg blh tlg aku ta?


*kepada sesapa yg belum check result upu tuu, ni linknya.gud luck yaa! :)
http://upu.mohe.gov.my/

Thursday, April 28, 2011

matrikulasi :D

yeah!! i got the offer!! kolej matrikulasi kuala pilah, negeri sembilan. jurusan sains for 1 year. :D yg buat aku tlebih happy harini adalah kerana my best fren pn dpt tempat yg sama. apa lg? bgelek laa aku. HAHA! :D tp, aku tatau lg na masuk matrik or not. aku na tunggu result permohonan upu aku dulu. if dpt upu, dpt uni yg aku suka and course yg aku terlebih minat, aku akan g. matrik aku tolak. tapiiii, betul ke apa yg aku buat ni? betul ke pilihan aku ni? apa pendapat korg? komen sikit?

Wednesday, April 27, 2011

RESULT MATRIKULASI 2011 BG LEPASAN SPM 2010

Sorry cz da lama ta update blog ni. last sekali aku update blog ni time aku dpt result SPM aritu. biasa laa. sibuk sikit. HAHA! esok result matrik keluar!! tapi ramai yg tatau macam mana nak check. so, utk entri kali ini, aku akan beritahu u guys macam mana nak check result matrik yg telah anda semua mohon.

Para pemohon boleh check dgn cara:
1. terus call 0388844083
2. layari web www.moe.gov.my
3. text ke MOEMATno IC, then send kt 15888

semoga entri aku kali ini dpt membantu sesiapa yg memerlukan. aku pun bdebar sebenarnya cz aku pun mohon. hee. so, good luck for those yg telah memohon kolej matrikulasi bg sesi 2011/2012!

Wednesday, March 23, 2011

TEST JPJ + RESULT SPM 2010

da beberapa hari aku tak blh tidur malam. gara-gara test JPJ ditambah pula dgn keputusan peperiksaan SPM 2010 yg bakal diumumkan hari ini. pergh! nak pecah kepala bila difikirkan. pusing sini teringat test jpj. pusing sana teringat result spm. adeh. susah. susah. huu. namun, masa tetap berjalan. semua itu perlu juga dilalui. sebelum aku pergi ambil result, aku pergi test jpj yg sepatutnya start pukul 8.30pg, tp start pukul 9.15pg. sabar jelaa. dah laa kepala otak asyik fikir pasal result. test pula mula lambat. ramai pula calon. grrr. thnx God. smuanya selamat. aku pass test jpj. yeaha! what a relief. haha. selesai jea test jpj, aku terus bergegas pergi ke sekolah. parents aku hantar laa. diorg cuti hari ini. hoho. sampai jea kt sekolah, aku terus pergi jumpa kawan-kawan. nak tanya pasal result diorg. hee. lepas tuu, aku terus pergi ke pejabat Sek. Men. Keb. Permas Jaya tersayangg utk ambil slip result, majalah tiara dan sijil-sijil. maklum laa. dtg lambat. tuu yg kena ambil kt pejabat sekolah. huu. i was so excited on that time. finally, i got my result. not bad laa kott. aku dapat 1A+ for maths mod, 4A for b.melayu, b.inggeris, sejarah, agama islam, 2A- for chemistry and biology and 2B+ for physics and addmt. fuhh. thnx God. jutaan terima kasih kpd smua org yg sntiasa ajar aku dan bg aku sokongan dlm pelajaran especially to my family, teachers and best frens. love u guys :) tahniah juga diucapkan kepada para peljar 5SC1 (2010) dan best frens sekalian. u guys did a great job!



Thursday, March 17, 2011

HAPPY BIRTHDAY!

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada rakan terbaik dan terhebat abad ini, Raja Ahmad Ikhram Raja Azahari atau lebih dikenali sebagai king, baby dan iqram azahari. da 18 tahun daa kau ya? da tua drpd aku. HAHA! tak lupa juga sepupu aku yg menyambut hari lahirnya yg ke 15 hari ini, Nur Hanani Abdul Aziz. kepada Aje, thnx cz jd kawan baik aku selama ini. da lama kita berkawan. kau laa kawan yg terbest. result SPM next week kann? gud luck fr it dude. to Nani, jangan nakalnakal. study bebaik. gud luck for ur PMR his year. pape pun, aku harap korg jadi insan yg berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. always remember me no matter what happen. smile always and Allah will bless you guys :)





SAYANG korg gilaagilaa! :D

Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk U kali ke-7

hoho! da lama aku nak post entri ni sebenarnya. tp asyik bertunda jea. nak tahu kenapa? ni haa. internet gilaa. due to earthquake kott. aku nak story pasal aku pergi Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk U kali ke-7 yg diadakan pada 12 dan 13 Mac 2011 bertempat di Persada Johor, Johor Bahru, Malaysia. aku bukan pergi seorg diri. tp aku telah ditemani oleh Aniza dan Faiza. diorg ni kira bodyguard terhormat aku yg tak bergaji laa. haha. kat sini, macammacam maklumat mengenai pendidikan boleh didapati. ada pelbagai universiti serta kolej telah melibatkan diri dlm menyertai karnival ini. ada universiti dan kolej kerajaan. ada juga yang swasta. tp, utk karnival pendidikan kali ini, lebih banyak ipta yg melibatkan diri. mmg bagus! haha. antara universiti yg buka booth selama dua hari berturut-turut ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya. semua booth aku singgah. tanya itu dan ini. saja utk menambah pengetahuan utk memudahkan aku memilih course mana yg akan aku pilih nanti. hee.



hujung minggu ini, ada lg karnival mengenai pendidikan kat tempat yg sama. tatau laa aku akan pergi atau tak. tunggu jelaa nanti. :)

Saturday, March 12, 2011

Reunion Ibnu Sina di Seoul Garden.

it was awesome! HAHA! sebelum tuu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada cikgucikgu kelas ibnu sina tersayang kerana sanggup mengajar kami semasa kami berada di tingkatan lima dengan penuh sabar dalam melayani kerenah kami semua. jutaan terima kasih juga aku na ucapkan kepada cikgucikgu tersayang kerana sudi meluangkan masa bersama budakbudak ibnu sina di Seoul Garden, KSL City Mall siang td.

walaupun perjumpaan ini sebenarnya tidak dirancang dengan teliti, namun tetap meriah. antara guru terhebat yg hadir ialah Cikgu Hairi (merangkap cikgu matematik tambahan), Cikgu Hazrol (merangkap cikgu fizik), Cikgu Asliza (merangkap sbg cikgu kimia) dan suaminya. Cikgu Asliza dan suami adalah psgn romantik tadi. hee. pelajarpelajar yg hadir sperti biasa laa. mcm yg selalu hadir kelas ibnu sina tuu. hoho. aku, radin, saada, sai, janna dan fauzie.

kami rancang nak pergi ke KSL pukul 2pm. tp biasa laa. ada masalah teknikal sikit. haha. so, kteorg gerak pukul 2.30pm. time pergi, aku, rad dan fauzie naik kereta Ckg Hairi. Mercedes baru tuhh! haha. sai, saada dan janna naik kereta Ckg Asliza. layan. jalan sesak time nak g sana. hmm. biasa laa. weekend. Singaporean ramai turun JB.

sesampainya kami di sana, apalagi? borakborak. makanmakan. tp, Ckg Hazrol sampai lambat sikit. biasa laa. org bujang laa katakan. haha. jgn marah ckg. kidding. hee. segala benda yg ada dekat Seoul Garden dicuba. not bad. layan. haha. radin kata aku makan banyak gila. eh. yeke? macam tak jea. hoho.

makan, berbual, makan dan berbual. tuu jelaa aktiviti yg kteorg wat petang td. Ckg Hasliza dan suami adalah pasangan paling romantik siang tadi. haha. Ckg Hairi dan Ckg Hazrol pula, macam biasa laa. makan, berbual, makan, berbual. haha. friends? enjoying their meal laa. apalagi kann? haha.

sambil makanmakan, kteorg snap sana. snap sini. wat kenangan. yelaa. bukannya senang nak meluangkan masa bersama diorg macam tadi. hee. hmm. it'll be great kalau Ckg Asliza dan suami balik lambat. boleh snap banyakbanyak dengan ckg. haha.

dalam pukul 5.55pm, kteorg bertolak balik. time balik, aku, radin dan fauzie tumpang kereta Ckg Hazrol. saada, sai dan janna pula tumpang kereta Ckg Hairi pula. kepada cikgucikgu yg telah menghantar kami pulang ke Permas Jaya dengan selamat, terima kasih banyakbanyak yaa cikgu! lebihlebih lagi kepada Ckg Hazrol yg telah menghantar aku betulbetul kat depan gate rumah. thanks cikgu! hee

sebelum aku stop katakata aku kali ini, aku nak upload beberapa gambar kami kt Seoul Garden td.




that's all for today. thnx cz sudi baca entri saya kali ini. :)

Sunday, March 6, 2011

Dato' Siti Nurhaliza & Karnival Pendidikan MARA 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru

wah! Dato' Siti Nurhaliza laa! Dato' Siti? yaa. dia ada kt Plaza Angsana ptg td. ta sangka aku dpt tgk juga muka dia dekatdekat. eh. selama ni aku ta penah tgk muka dia ke? tade laa. bkn mcm tuu. maksud aku, ni first aku tgk dia real. bkn tgk kt skrin TV plasma rumah aku. HAHA. nasib baik ada promosi Simply Siti. kalau ta, mst aku ta dpt tgk Dato' Siti td. HAHA! sebenanya, aku na g Persada Johor ptg td cz ada PC Fair yg mcm aku post kt blog aku smlm. eh. tp ta jd pula cz aku da syok kt P. Angsana ni.

mulamula g P.Angsana ni cuma na g beli buku adik. tp lain pula jadinya bila da nmpk Dato' Siti. HAHA! lps tgk Dato' Siti, aku dgn famili aku, g jenjalan tgk apa yg ada kt Karnival Pendidikan MARA. fuhh! mmg best. byk gila wakil universiti n kolej yg datang utk mempromosikan institusi pendidikan masingmasing. mama kata, try jea isi segala borang yg ada ptg td. sbg persediaan awal kalau ta dpt matrik. huu. so, apalagi? aku isi jelaa smua. ada kerajaan. ada swasta. HOHO. ada Masterskill, ACMS, kolej Shahputra, MSU. ish. macammacam lg laa. byk sgt. tlupa daa. dulu, mama penah kata yg aku ta blh study kt lua negara kecuali utk smbg ijazah. tp, skrg da blh pula. tp ada syaratnya juga. kalau kt luar negara, aku blh further study kt Singapura or Australia jea. HAHA. layan jelaa. hmm. yg plg penting, aku harap keputusan SPM aku baik. ta teruk. tuu jelaa yg plg penting skrg ni. haa. ckp psl futher study, pd 12-13 Mac 2011 dan 19-20 Mac 2011, ada lg Karnival Pendidikan. tp kt Persada Johor pula. mama suro aku g dgn kkwn. ada sesapa na join? pleasa let me know if u want to join me :)

*to Fauzie, Irfan, Topek n Sam : sedih betul ta dpt jumpa korg. beta ta g Persada Johor laa td. huu.
*to Aje : mana kau g dowh? aigoo.
*tlupa na amik gmbr time g P.Angsana utk dipost kt entri kali ni. SORRY ;)

Saturday, March 5, 2011

DramaDrama

korg igt ta yg aku ada gtau korg yg aku akan smbg tgk drama My Girlfriend Is A Gumiho? haa. aku na smbg story laa ni. *edit balik draft. HAHA! sebenanya, lps tgk drama Playful Kiss tuu, aku ta smbg tgk pn drama Gumiho tuu. aku tgk drama lain. korg na tawu drama apa? ni haa.



Sungkyunkwan Scandal. drama ni laa yg aku tgk smpai habis. best gilaa. walaupn pd mulanya aku kata "aigoo. drama apa ni?" haha. lastlast, aku fokus gilaa tgk drama ni. best. :)

ckp psl drama Gumiho, aku terus tonton drama ni lepas aku habis tonton drama Sungkyunkwan Scandal. hee. drama Gumiho ni pn cute. best. aku da abis tgk pn. HAHA!





so, skrg ni, aku tgh cari drama korea mana yg best. ada cdgn? gtau jea kt aku. that's all for my entry kali ini. thnx kerana sudi baca. bbye ;)

laptop --> PC Fair, Persada Johor

PC Fair? aigoo. na g. na g. mama kata na belikan laptop. da dua minggu rasanya mama kata na belikan laptop. tp ta beli pn lg. hoho. macam mana na g beli sdgkan klua rumah pn ta? aigoo. haa. skrg ada PC Fair kt Persada Johor, dari 4-6 Mac 2011. mama kata na g. betul ke? blh dpercayai ke? bknnya apa. ni haa. abah aku. dia na g main paintball esk. ish. busy jea. geram betul aku. na g hari ni, wani ada kelas kt omega lak. hadi pula, ada latihan bola sepak. aigoo. smua busy. time aku free, smua busy. time aku busy, smua free. grrr. sabar jelaa. hmm. kalau famili aku tanak g esk, tape. aku join fauzie n raja. ta kisah laa naik bas ke apa. janji g. walaupn maybe aku ta beli laptop kalau aku g dgn diorg, at least, aku blh tgk dulu laptop model mana yg aku na minta parents aku belikan nnt. haha. senang jea hidup aku ni kann? sesuka hati jea na minta ituu inii. haha. ofc laa. da kata anak. mst laa minta kt parents. takan laa na minta kt jiran sebelah pula kann? hee :D

Monday, February 28, 2011

new ELECTRICAL KEYBOARD

yeah! i bought another a brand new Casio electrical keyboard yesterday. awesome! HAHA! actually, i already have a Casio electrical keyboard. saja jea beli lg satu. just for FUN. HAHA! sbenanya, aku nak beli an acoustic guitar. murah pn murah. lg murah drpd keyboard ni. tp, aku tak jd nak beli gitar uh. gedix. HAHA! so skrg ni, aku main keyboard lg jelaa cz tade pape nak wt kt uma. bosan. byk betul function keyboard yg aku baru beli ni. pening juga kepala nak study smua. sabar jelaa. pape pn, aku enjoy. thnx parents :D

Thursday, February 24, 2011

day off

i'm not working today. hoho. so, korg na tawu aku wt apa pagipagi buta td? aku g jog!HAHA! eh. biar betul aku ni? HAHA. betul. aku g jog dgn sai. kt mana? kt sport complex laa. ia juga dikenali sbg clark hatch cawangan permas jaya. sebenanya, tade plan pn na g jog. ttba jea sai ni ajak. apa lg? join jelaa. lgpn da lama ta jog. berat badan pn da naik. da 51kg daa. HAHA. sambil jog, kteorg bbual psl result SPM. hmm. apa laa agaknya result aku nnt. sungguh ta confident langsung. hmm. harap baik. aku harap rakanrakan pn dpt result yg baik. amin. haa. kteorg bbual psl reunion juga. macammacam. kt situ laa. kt sini laa. elakkan ta jd jea nnt. hoho. pape pn, have a nice day guys ;)

Tuesday, February 15, 2011

rambut.

eh. rambut? apa kena mengena rambut dgn post aku kali ni? HAHA. tade pape laa. sebenanya, aku terbaca satu artikel ni semalam. tajuknya adalah kenali diri melalui rambut. macam ni artikelnya...

RAMBUT PANJANG
bukan shj menampilkan rambut seksi, tetapi juga menunjukkan anda ingin kelihatan muda, sihat, feminin serta ingin kelihatan ayu. wanita berambut panjang antara golongan wanita yg diingini lelaki :)

RAMBUT DILEPAS
sorg yg blh diajak bersosial tetapi dikategorikan sbg org yg tidak mempunyai keyakinan diri. anda menggunakan rambut utk menyembunyikan sesuatu kelemahan yg ada pd diri sendiri.

RAMBUT DIIKAT
menggayakan rambut seperti ini menunjukkan bahawa anda tetap mahu feminin dan tidak begitu risau jika kelihatan matang.

RAMBUT PENDEK
anda dilambangkan sebagai sorg yg berperwatakan lurus dan suka berterus terang. mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu risau jika ada yg memperkatakan mengenai diri anda. :)

RAMBUT KERITING
tergolong dalam mereka yg feminin dan mempunyai sikap lemah lembut, tetapi tegas dalam segala hal.

RAMBUT LURUS
sifat semulajadi sesorg wanita begitu ketara pd diri anda. anda juga mempunyai
perwatakan yg jujur dan boleh dipercayai.

so, mana satu jenis rambut korg? apa perwatakan korg? :D

Friday, February 11, 2011

...

keboringan melanda jiwa dan raga daku. hoho! ayat. bagai gilaa! HAHA. tade laa. aku sebenanya boring gilaa. cuti lagi! tatau na wt apa. huu. hmm. sori laa guys cz da lama ta update blog bagai ni. tade masa. bz. if ada masa pn, aku malas na online. korg na tawu knp aku malas na online? haa. sebabnya adalah, line internet celcom yg aku guna skrg ni, lembab bagai! jenuh aku na tunggu bila tgh loading. if na tgk video lg laaa. na aje aku hempas segala jadah ni. tp, apakan daya. aku terpaksa bersabar. bak kata org, bersabar sebahagian drpd iman. HAHA. hmm. k laa. aku stop dulu. tatau na story apa kt korg. sorry oke? bbye :)

Wednesday, January 26, 2011

my DAY :)

hello. :) hmm. na story apa yg kali ni? beta da tatau da na story apa. haha. aku story pasal apa yg aku lalui hari ni laa. oke ta? ceritanya mcm ni. hari ni aku masuk ikut time A. so kena laa bangun cepat utk g kerja. otw g jusco, aku bertexting dgn Farkhan, my bestie. kteorg bincang psl bila na tgk wayang bersama. hmm. aku ta blh na janji pape dgn dia. cz aku sndiri tatau aku cuti hari apa nnt. sorry baby. huu. hari ni bz sikit kt kedai. manager suro salin segala kod kasut yg ada kt satu kedai uh. HOHO. sempat pula aku siapkan? esk aku smbg laaa. HAHA! esk aku masuk kerja petang smpai mlm. time C. huu. ok laa kott. layan je. drpd aku dduk uma buang masa. at least, dpt gak aku bsenam kt kedai uh. HAHA! td kteorg ada snap gmbr sesama. tp tlupa na bluetooth cz aku da nak balik. so, aku tunjuk korg pic yg disnap guna hp aku jelaa ea? nnt aku tunjuk korg pic yg lain. oke? :)



Tuesday, January 25, 2011

kedai KASUT

bermula hari isnin, aku bekerja di XES Studio di Jusco Permas Jaya, Johor Bahru. Ni tempat kedua aku bekerja setelah aku berhenti bekerja kt A&W yg terletak berhadapan dgn XES Studio tempat di mana aku bekerja sekarang. HAHA! mcm kurang ajar pn ada juga kann? HAHA! aku peduli apa? lgpn, kerja kt kedai kasut nih lg syokk dari kerja kt A&W. hee. bak kata bestie ku yg sering call dipagi hari, Ahmad Farkhan, aku ni memilih kott. HAHA. agaknya laa. pape pn, best kerja kt XES. lepak, relax. cuma yg aku menyampah uh, kena panjat tangga sampai ke mata terakhir utk mengambil sepasang kasut! gayat gilaa! HAHA! tapi tape. tuu laa maknanya pengalaman. :)

Monday, January 24, 2011

KOTA ISKANDAR, JOHOR.

ni cerita hari semalam sebenanya. hari ni baru na update. HAHA. oleh kerana semalam hari ahad, so aku n famili g laa jenjalan. pd mulanya aku n famili ikut abah aku g tgok match bola sepak. biasa laa. abah aku jd pengurus Warehouse FC. HAHA. bdekak! lepas g tgok diorg main bola, aku n famili g Kota Iskandar. tade kerja. HAHA. oleh kerana byk ia masih dlm pembangunan, so aku cuma snap mana yg aku tgk da siap laa. HAHA! Kota Iskandar ni blh dikatakan seakan-akan sama seperti Putrajaya. tp aku rasa Kota Iskandar ni lg cunn dari Putrajaya. HAHA. ni antara gmbr yg aku snap time kt Kota Iskandar. :)








Saturday, January 22, 2011

KOREA again n again! :D

hmm. oleh kerana sekolah da abis, aku menghabiskan masa dengan menonton tv di rumah selain daripada makan, tdo n online. HAHA! hmm. korg na tawu aku tgok crita apa je? haa. jap ea. :D




ni laa drama yg aku tgok lps abis SPM ni. tajuk dia, PLAYFUL KISS. syokk gilaa drama ni! ta tdo mlm aku dibuatnya :D


drama ni pn aku tgok. tp belum habis. asyik tgok benda lain je. HAHA! tajuk dia, MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO. tape. lps ni aku smbg tgok drama ni oke? korg pn tgok juga tau! :D

Friday, January 21, 2011

lepak-ing + frust!

HAHA! mmg tade kerja. ptg td aku n the gang g main badminton. tgh syokk syokk main, eh, dtg pula ckg biology kesayangan kteorg. HAHA. makin syokk laa jawabnya ptg td. haa. skrg aku na ckp psl super junior konsert pula. eh? apsal ttba story lain ni? hoho. suka hati aku laa. hee. jap jap. aku smbg crita balik. fauzie pnya kwn ni. dia jual tiket konsert suju kt singapore yg akn blangsung ta lama lg ni. aku ada duit na beli. tp masalahnya, aku tade pasport na masuk singapore! aduhai. tolong laa aku. mcm mana ni? huu. na g konsert diorg yg kt kl tuu. tp result SPM pula da na klua. ntah ntah da klua da time uh. huu. ouh god. help me please. hmm.

Tuesday, January 18, 2011

kerja. HAHA! :D

helloooo :) da lama aku ta update blog nih. ada beberapa abad lamanya. HAHA. hmm. ckp pasal kerja. aku na cari kerja kt mana yaa? haa. aku ada satu port baik punya. tp aku belum pergi lg laa. aku igt na g tmpt uh esok sambil ditemani oleh bestie terhebatku, Raja Ahmad Ikhram Raja Azahari. korg na tawu tempatnya kt mana? err. aku rasa baik aku tayah gtau. wt penat korg jea nnt na dtg melawat aku bekerja. HAHA! :D emm. oke laa. cukupla smpai di sini aku bercotcet setelah bbrapa lama menyepikan diri dari alam blog ini. HAHA! see u guys later ya? bbye babes (: