Photobucket





Wednesday, August 8, 2012

Olimpik 2012 :)

Hi guys! I'm back! :)
Sejak kebelakangan ni, semua orang yg ada kat Malaysia busy bercerita tentang Olimpik 2012 yg diadakan kat London. Ramai juga atlet kita yg masuk bertanding dalam acara Olimpik ni. Antaranya mestilah Azizulhasni Awang dan Lee Chong Wei. Kalau diorg tak masuk, aku rasa mesti tak best Olimpik kali ni LOL merepek. Korg tak kenal mereka berdua? Are you kidding me?! Sila masuk dalam gua sekarang juga! LOL *sila abaikan kata-kata merepek kekerepekan saya tadi XD

Okay. Talking about them always makes Malaysians proud. Am I right? :) Seperti yg kita semua sedia maklum, our Lee Chong Wei kalah dalam acara badminton yg disertainya. Begitu juga dgn our Azizulhasni Awang yg tewas dalam acara keirin yg disertainya. Tidak mengapa. Mungkin tiada rezeki kali ini. Anda berdua telah membuatkan Malaysians bangga walaupun tewas. Kalian tetap yg terhebat dimata kami. So don't be sad and try harder next time. Malaysians will always support you guys no matter what :)


This is our beloved Lee Chong Wei.
*Don't be sad LCW. Silver medal pun dah okay maaaa :)


Yg ni pula our handsome Azizulhasni Awang. 
*Anda tetap yg terpantas di Asia. Don't worry, be happy! :)

Btw, talking about Lee Chong Wei, korg semua mesti terfikir aiskrim Baskin Robbins kan? LOL. Yup. Walaupun our Lee Chong Wei kalah, Baskin Robbins tetap agihkan one scoop of an ice cream for free utk semua yg berada di Malaysia ni. So, sila bersyukur. :)


Ni adalah keadaan Aeon Permas Jaya, Johor Bahru sebentar tadi. Masing-masing nak dapatkan aiskrim percuma. 


Ni baru sikit. Kalau korg nak tahu, ada yg beratur sampai ke main entrance Aeon ni haa. Tempat park kereta jgn cakap laa kan. Ada yg sanggup berjalan kaki sbb park kereta kat luar kawasan Aeon ni haa sebab susah nak dpt parking. Aeon tadi dah macam ada Aeon Member Day pula ahahaha :D

Oleh kerana terlalu ramai manusia beratur, ada yg drpd tak kenal jadi kenal dah. Almaklumlaaa, beramah mesra sementara nak menunggu giliran nak dapatkan aiskrim gituuu. LOL. Ini bermakna, misi negara kita utk melihat sukan menyatukan rakyat telah tercapai walaupun hanya di pusat membeli-belah. Tahniah diucapkan hikhikhik :D 

For those yg dah dapat merasa aiskrim percuma tadi tuu, tahniah diucapkan. Sentiasa support sukan negara kita yeee? Majulah sukan untuk negara! Gdnight and bbye semua :)


Monday, May 14, 2012

I LOVE YOU, MAMA ! ;')

I LOVE YOU, MAMA!

Terima kasih sebab lahirkan Ida, jaga time Ida sihat dan sakit dari kecil sampai sekarang lagi-lagi bila Ida asyik keluar masuk wad, besarkan Ida, didik Ida, setiap hari masakkan makanan yg sedap-sedap untuk Ida, setiap hari membebel kat Ida, setiap hari call Ida, bagi Ida kasih sayang setiap hari, macam-macam lagi laaa! Banyak sangat pengorbanan Mama untuk Ida selama ni. Tatau laaa Ida mampu ke tidak untuk balas segala jasa Mama tu. 

MUM
A son's first love.
A daughter's first superwoman. 


I ALWAYS LOVE YOU, MDM NORA BINTI ABU! 
YOU'RE THE BEST MUM I EVER HAD!
LOVE YOU NO MATTER WHAT!

*almost crying while updating this short, simple entry


Sunday, April 15, 2012

Beloved Johor Bahru :)

Assalamualaikum dan hello semua! Apa khabar? Sihat? Kalau sihat, bagus laa alhamdulillah. :)

Sebenarnya, saya tade benda menarik untuk dipost bg entri ni. Tapi, disebabkan rasa yg teramat bosan, so saya update laa blog saya ni. 

Saya dan famili bersiar-siar di sekitar Bandaraya Johor Bahru petang tadi. Abah saja jea bawa kteorg jenjalan sbb Abah saja nak try highway baru yg baru siap tuu. Johor Bahru Eastern Dispersal Link ataupun JB EDL namanya. 

Johor Bahru dah kurang sesaknya jika nak dibandingkan dgn dulu. Tapi, bila tengok jalan nak masuk ke Woodlands, Singapore memang laaaaaaaa sesak. Panjang gilaaaaaaaaaaa deretan kereta warga Kota Singa lagi-lagi hari Ahad macam ni. Yelaaaa. Ramai yg nak masuk balik Singapore setelah seharian keluar untuk bersantai bersama keluarga di Johor Bahru. :)


Lepas kteorg round Johor Bahru, Abah bawa kteorg sekeluarga lepak kejap di Kg. Senibong. Alaaaa. Pantai yg dekat dgn kawasan taman perumahan aku ni. Ni gambar pemandangan bandar Johor Bahru dari Kg. Senibong. Gambar ni adik aku yg snapkan. Lawa tak? :) 

Okaaaaay laa. Tu jea yg aku nak cerita untuk entri kali ni. Lain kali aku bercerita lagi. Esok Isnin kan? So, selamat kembali bekerja kepada mereka yg bekerja dan selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik semua. Jumpa lagi. Good night ! :)

Friday, April 6, 2012

Titanic 3D ♥

Assalamualaikum and hello guys! Yeaaaaaay! Akhirnya dapat juga aku menonton Titanic 3D di panggung wayang yg berdekatan dgn rumah aku. Gembiranya lahaaaai. Dah laa movie favourite aku tuu. Hehe :D


Saadah, one of my best friend yg teman aku g tgk movie ni tadi. Kesian dia kena buli. Dah laa dia tatau yg movie ni sama jea dgn movie yg dulu, cuma dia improvekan lagi kualiti video tu and upgradekan jadi 3D. Errr. Sorry tau, Saadah. Hehe. Papepun, thanks sebab sudi teman aku keluar td. 

Kalau korg nak tahu, salah satu sebab aku excited gila nak tgk movie ni adalah kerana, this is my first time tgk movie 3D tau. Kesiankan? Huu. Walaupun, harga tiketnya agak mahal, aku tak kisah sbb aku mmg dah lama plan nak tgk movie ni in 3D. 


Masa kteorg tgk movie ni tadi, penuh satu panggung tuu dgn manusia. Semua nak tgk movie ni. Movie ni best kott. Ada uncle tuu dtg dgn wife dia. Sweet gilaaaaaa bila tgk diorg. Ala ala Jack dan Rose gituu. Hehe :D 

Walaupun Titanic ni dah lama and dah banyak kali tgk, org tetap nak g cinema semata-mata nak tgk movie ni. Macam aku la kan? Haha :D Bagi sesiapa yg belum tahu, diorg tayang balik movie ni sbg tanda memperingati 100 tahun kapal Titanic tuu tenggelam. 

Cakap pasal Titanic ni, tetiba teringat pula dekat ex-housemates time aku kat UiTM Puncak Alam tuu. Lagi-lagi si Fatin and Farah. Sebelum habis asasi haritu, kteorg ada plan nak tgk movie ni sesama, tapi tade rezeki. Hmm. Tape laa, kalau kita ada jodoh, kita blh tgk wayang sesama lain kali. InsyaAllah :)

Okay laa. Aku tatau nak cerita apa lg. Hee. Cukuplah sampai di sini coretan aku buat kali ini. Harap korg tak bosan bila baca entri aku ni. Enjoy your weekend guys. Gdnight! :')

Wednesday, March 28, 2012

Love them - Palam sentiasa dihati ;)

Assalamualaikum and hello everyone ! :) Harini aku nak cerita pasal mereka yg telah membuatkan hidupku di Palam yang penuh onak dan duri menjadi ceria. Ecehh. Ayat sastera gituu. Hehe :D

First of all, memperkenalkan Nurdiyana binti Yusof.


ILOVEHER ! Dia ni classmate aku. Aku call dia as Dian. Sometimes, D jea. Glamor tak? Glamor tak? Hehe. Dia ni gila-gila tapi subhanallah, bijak gilaaa! Jeles aku dgn dia ni tau. Si Dian ni ada jea lawak yg dia nak buat. Asyik gelak jea bila ada dia. Boleh terbalik dunia dibuatnya. Hehe. Dian ni nampak jea garang. Tapi sebenarnya dia ni baik sangat. Hati tisu juga tau. Bila dia nangis, comel! Hehe. Suka tengok gaya Dian ni. Sempoi, lepak jea. Tak kisah orang pun. Dian ni ayu orangya bila pakai baju kurung. Sumpah comel sangat-sangat. Dia ni kaki lepak. Tapi bila dah study, memang fokus habis. Salute kau Dian! Hehe.
*To Dian : Jaga diri yee sayang, jgn nakal-nakal and jgn garang sgt. Hehe. Kau tu lawa. Kahwin jgn lupa jemput aku. Thanks sbb selalu belanja aku, ajar aku, ajak aku lepak sama. Aku rindu nak lepak dgn kau. Aku sayang kau sangat-sangat tahu? Rindu kat kau. Nak hug and kiss sikit :* 


Second, Nurfarah Nadia binti Nazir.


ILOVEHER ! Dia ni housemate aku. Aku call dia as Farah and sometimes Keding, Gedik and last but not least, Parah. Ala-ala nenek aku call org yg bernama Farah gituu. Hehe. Farah ni manja gilaaaa orgnya. Bila dengar suara, mak aihh boleh longgar kepala lutut ni. Tak caya? G laa berbual dgn dia. Minah ni garang juga kekadang. Beremosi juga dia ni. Hikhik. Farah ni laa yg tolong snapkan gambar aku dgn abg Akwa Arifin kat Raff haritu. Hehe.
*To Farah : Jaga diri tau. Hati tuu kuat sikit. Jgn ingat dia lagi. Ramai lg yg baik utk kau. Kau tuu lawa. Confirm ada org nak. Kahwin jgn lupa jemput aku. Makan tuu lebih sikit. Kau tuu kurus sangat. Makan bebanyak biar montel macam aku ni haa. Hehe. Kalau ada prob, gtau jea aku okay? Aku sayang kau sangat-sangat tahu? Rindu kau. Nak hug and kiss sikit :*

Third, Nurul Fatin binti Iskandarshah.


ILOVEHER ! Dia ni housemate aku juga. Aku call dia as Fatin and sometimes Tis and Nitaf. Opps. Aku gurau jea tau. Hehe. Si Fatin ni kalau korg nak tau, ada jea benda yg dia nak cerita kat aku and Farah. Cerita lawak ada. Cerita bahagia ada. Cerita sedih pun ada. Haha. Dia ni suka buat rumah terbalik bila ada dia. Boleh tunggang-langgang tahu? Dah laa bila berjalan boleh bergegar rumah. Dari bilik sebelah dah boleh tahu yg si Fatin ni tgh berjalan. Haha. Pastukan, dia ni suka sangat kejar-kejar org. Sumpah semput! Kteorg memang kalah bila kena kejar dgn dia. Si Fatin ni juga suka bawa balik makanan utk kteorg satu rumah. Kejap bawak cupcakes laa. Kejap nasi goreng laa. Kejap bubur laa. Haihh. Macam-macam. Pastu kan, semua org kena makan. Kalau tak, mesti dia paksa. Haha.
*To Fatin : Jaga diri yee sayang. Jgn nakal-nakal. Pedulikan semua haters kau. Lantak laa diorg nak kata apa. Tutup jea mata dgn telinga kau tuu. Jgn lupa jemput aku bila kahwin dgn abg Anwar Hadi. Hehe. Makan tuu jaga. Kena makan ikut masa. Nanti asyik sakit perut jea kang. Ingat pesan aku ni tau. Aku sayang kau sangat-sangat tahu? Rindu kau. Nak hug and kiss sikit :*

Fourth, Izzati, Izzah, Diyana(again), GG and Syaza.


Diorg ni sweethearts aku kalau korg nak tahu. Dah macam les la pula. Hikhik. Yg berdiri dari kiri korg, dari kiri korg ye! Izzati, Izzah, Dian and Syaza. Tak lupa juga yg kat bawah tu, namanya Nazeera ataupun GG. Diorg ni laa yg selalu ajak aku lepak. Bila da lepak dgn diorg, confirm tak ingat dunia. Haha. Diorg ni semua sgt baik. Opps. Lupa nak gtau yg diorg ni semua adalah housemate Dian. Diorg best, sempoi, gempak, lawak, hebat! Ahh, semua laa diorg. Hehe. 
*To Izzati, Izzah, Dian, Syaza and GG : jgn lupa anak AG ni tau. Semoga kita bertemu lagi. Kalau aku g Shah Alam ke, Ganu ke, Bangi ke, Melaka ke, aku gtau korg. Boleh laa jumpa kalau ada rezeki. Thanks for everything guys. Sayang korg sangat-sangat! Nak hug and kiss korg :*

Fifth, Izzati dan Amirah


Yang tudung pink tu, Izzati. Yang tudung hitam tuu pula Amirah. Diorg ni baik gila dgn aku. Suka tolong aku. Ajar aku. Almaklum laa. Aku ni kan slow sikit bila belajar. Sebab tu diorg selalu tolong aku. Thanks korg. Aku akan igt jasa korg tu. Jangan lupa NG ni. Amirah laa org yg sentiasa call aku NG kalau korg semua nak tahu. NG tu stands for Nerd Girl. Kenapa nerd? Ni semua gara-gara aku tukar spec ni. Haha. Tak kisah laa tu. Disebabkan korg, aku dapat lagi satu nickname baru kt Palam ni.
*To Izzati and Amirah : jgn lupa aku yee. Selalu-selalu laa contact aku walaupun kita jauh. Kalau aku datang negeri korg, insyaAllah aku gtau. Jaga diri guys. Aku sayang korg sangat-sangat. Nak hug and kiss korg :*

Fuhhhh. Semput aku menaip entri kali. Opps. Sebelum terlupa. Ni aku nak tunjuk sikit hadiah yg aku dapat before balik rumah Ahad lepas. 


Klip kertas ni Fatin yg bagi. Comel! Thanks Fatin :)


Keychain ni pula Kak Alya yg bagi. Aku, Farah and Fatin dapat. Thanks Kak Alya sbb ingat kteorg. :)


Gambar ni pula, Nazirah yg bagi. Siap ada ucapan khas lagi. Semua housemate dapat. Thanks Nazirah ! :)

Err. Cukuplaa sampai di sini aku menaip utk entri kali ini. Korg pun mesti da bosan kan baca entri aku yg ni sbb terlebih panjangkan? Kepada sesiapa yg baca blog aku ni, sorry tau kalau aku ada buat salah. Terasa ke apa. Kalau tertypo lg laa sorry yee. Hauu. Okay laa. Aku blah dulu. Selamat malam semua. Assalamualaikum. :)

Sunday, March 25, 2012

Goodbye UiTM Puncak Alam ! Hello Johor Bahru !

Peperiksaan akhir yg berakhir pada 23.3.12 menandakan telah genap 10 bulan aku berada di Puncak Alam. Ini bermakna, dengan rasminya aku tidak lagi bergelar sebagai pelajar Asasi Sains UiTM Kampus Puncak Alam. Sedihnya rasa hati, hiba tak terkata. Rasanya baru sebulan MDS berlalu. Bagai terngiang-ngiang jeritan lantang abang dan kakak MDS. Terlalu banyak pengalaman baru diperoleh sedikit sebanyak mendewasakan diriku yg sememangnya berkelakuan seperti kanak-kanak. Hehe. Believe me, I'm gonna miss every single thing about Palam. :'(




Bersama rakan-rakan. Mereka ni kecoh, baik and bijak :D


I'm from D2. I love my classmates :')


Gambar ni aku snap pada suatu petang yang aku sendiri dah lupa bila. Hehe. Tapi yang pasti, hari nak hujan. Langit gelap. Seraaaaaaaam. :/


Ni gambar kolam basah 8. Aku selalu lepak kat sini dengan housemate tersayang, Farah dan rakan-rakannya, Group D9. Best lepak kat sini. Nyaman jea udara. Sejuuuuk ;)


Gambar ni aku saja jea snap buat kenangan. Sambil-sambil tuu boleh aku fikirkan apa bangunan lagi yg patut aku tambah kat Palam ni. Ecehh. Macam Palam ni aku punya jea. Hehe :D


Ada dua org minah cun lagi meletup dalam gambar ni. Kteorg snap gambar ni time dinner asasi yg diadakan di SACC haritu. Yang tengah-tengah tuu, Diyana. Yang sebelah kiri Diyana, kiri Diyana tau! Haaaa, yang tu Izzati. Dedua orang ni sangat comel dan baik. Suka kawan dengan diorg. Harap lepas ni kita jumpa lagi :')


Eh? Ada apa ni? Jengjengjeng. Ni time aku dgn geng koir buat persembahan time Malam Apresiasi Seni haritu. Kteorg nyanyi banyak lagu. Walaupun suara kteorg sumbang, terima kasih laa yee sebab korg sudi dengar kteorg menyanyi. Sayang korg. Hehe :D


Me with Nazirah, roommate Fatin :)


Me with housemates, Farah and Cipah. Actually Cipah ni jiran rumah sebelah merangkap kawan baik Fatin. Kteorg serumah anggap dia macam housemate dah :) Gambar ni kteorg snap sebelum pergi exam CTU haritu. Fatin tade dalam gambar ni sebab dia yg jadi photographer. Hehe :D


Gambar ni aku diapit oleh dua org classmates, Amirul dan Helmi. Yang kanan aku tu, Amirul merangkap class rep D2. Yang sebelah kiri aku pula, Helmi. Jahat laa diorg ni buat macam tuu kat aku. Mentang-mentang laa aku rendah. Suka korg buli aku yee? Hoho. Kteorg amik gambar ni lepas habis exam CTU. Sempat lagi eh? Hehe :D


Me, Fatin, Farah and Cipah :)


Saadah, Radin, Cipah, Fatin, Me and Farah :)


Me, Nano and Fatin :)




Lepas exam CTU haritu, aku dan housemates bersama dua org bestfren aku merayap seharian di Sunway Pyramid dan kemudian di i-City. Nano pun ada join kteorg. Tapi dia datang naik motor kesayangan dia laa. Kteorg book kereta awal tau. Time final exam baru start sehari tak silap. Itupun, byk kereta dah ditempah utk disewa. Ligat betul bebudak Palam ni kan? HAHA :D Penat tidak terkata. Namun, hati kami puas kerana dapat bersama.


Semalam, aku, Fatin dan Farah buat kali terakhirnya makan malam bersama ex-housemates kami, iaitu Kak Alya (shawl) dan Kak Farah (tudung putih) di Kafe Rafflesia. Mereka berdua adalah pelajar degree di Palam. Diorg ni banyak tolong kami selama ini. Thanks Kak Alya dan Kak Farah. Korg daebakk! Lepas ni mesti kami rindu nak dengar suara korg berdua :'(


Err. Cukup laa sampai di sini post saya buat kali ini. Penat sejak semalam menangis sebab sedih nak tinggalkan Palam dan berpisah dengan rakan-rakan yg sangat awesome! Dengan ikhlas saya memohon maaf sekiranya saya telah berbuat salah kepada anda. Semoga kita berjumpa lagi. Sesungguhya, saya pasti akan selalu merindui kenangan manis dan pahit semasa berada di Palam. Sekian :')