Peperiksaan akhir yg berakhir pada 23.3.12 menandakan telah genap 10 bulan aku berada di Puncak Alam. Ini bermakna, dengan rasminya aku tidak lagi bergelar sebagai pelajar Asasi Sains UiTM Kampus Puncak Alam. Sedihnya rasa hati, hiba tak terkata. Rasanya baru sebulan MDS berlalu. Bagai terngiang-ngiang jeritan lantang abang dan kakak MDS. Terlalu banyak pengalaman baru diperoleh sedikit sebanyak mendewasakan diriku yg sememangnya berkelakuan seperti kanak-kanak. Hehe. Believe me, I'm gonna miss every single thing about Palam. :'(
Bersama rakan-rakan. Mereka ni kecoh, baik and bijak :D
I'm from D2. I love my classmates :')
Gambar ni aku snap pada suatu petang yang aku sendiri dah lupa bila. Hehe. Tapi yang pasti, hari nak hujan. Langit gelap. Seraaaaaaaam. :/
Ni gambar kolam basah 8. Aku selalu lepak kat sini dengan housemate tersayang, Farah dan rakan-rakannya, Group D9. Best lepak kat sini. Nyaman jea udara. Sejuuuuk ;)
Gambar ni aku saja jea snap buat kenangan. Sambil-sambil tuu boleh aku fikirkan apa bangunan lagi yg patut aku tambah kat Palam ni. Ecehh. Macam Palam ni aku punya jea. Hehe :D
Ada dua org minah cun lagi meletup dalam gambar ni. Kteorg snap gambar ni time dinner asasi yg diadakan di SACC haritu. Yang tengah-tengah tuu, Diyana. Yang sebelah kiri Diyana, kiri Diyana tau! Haaaa, yang tu Izzati. Dedua orang ni sangat comel dan baik. Suka kawan dengan diorg. Harap lepas ni kita jumpa lagi :')
Eh? Ada apa ni? Jengjengjeng. Ni time aku dgn geng koir buat persembahan time Malam Apresiasi Seni haritu. Kteorg nyanyi banyak lagu. Walaupun suara kteorg sumbang, terima kasih laa yee sebab korg sudi dengar kteorg menyanyi. Sayang korg. Hehe :D
Me with Nazirah, roommate Fatin :)
Me with housemates, Farah and Cipah. Actually Cipah ni jiran rumah sebelah merangkap kawan baik Fatin. Kteorg serumah anggap dia macam housemate dah :) Gambar ni kteorg snap sebelum pergi exam CTU haritu. Fatin tade dalam gambar ni sebab dia yg jadi photographer. Hehe :D
Gambar ni aku diapit oleh dua org classmates, Amirul dan Helmi. Yang kanan aku tu, Amirul merangkap class rep D2. Yang sebelah kiri aku pula, Helmi. Jahat laa diorg ni buat macam tuu kat aku. Mentang-mentang laa aku rendah. Suka korg buli aku yee? Hoho. Kteorg amik gambar ni lepas habis exam CTU. Sempat lagi eh? Hehe :D
Me, Fatin, Farah and Cipah :)
Saadah, Radin, Cipah, Fatin, Me and Farah :)
Me, Nano and Fatin :)
Lepas exam CTU haritu, aku dan housemates bersama dua org bestfren aku merayap seharian di Sunway Pyramid dan kemudian di i-City. Nano pun ada join kteorg. Tapi dia datang naik motor kesayangan dia laa. Kteorg book kereta awal tau. Time final exam baru start sehari tak silap. Itupun, byk kereta dah ditempah utk disewa. Ligat betul bebudak Palam ni kan? HAHA :D Penat tidak terkata. Namun, hati kami puas kerana dapat bersama.
Semalam, aku, Fatin dan Farah buat kali terakhirnya makan malam bersama ex-housemates kami, iaitu Kak Alya (shawl) dan Kak Farah (tudung putih) di Kafe Rafflesia. Mereka berdua adalah pelajar degree di Palam. Diorg ni banyak tolong kami selama ini. Thanks Kak Alya dan Kak Farah. Korg daebakk! Lepas ni mesti kami rindu nak dengar suara korg berdua :'(
Err. Cukup laa sampai di sini post saya buat kali ini. Penat sejak semalam menangis sebab sedih nak tinggalkan Palam dan berpisah dengan rakan-rakan yg sangat awesome! Dengan ikhlas saya memohon maaf sekiranya saya telah berbuat salah kepada anda. Semoga kita berjumpa lagi. Sesungguhya, saya pasti akan selalu merindui kenangan manis dan pahit semasa berada di Palam. Sekian :')
helooooo ahahaha jumpa jugak blog awak ni Shida oii... Iqqa pun sedih jugak nak tinggalkan Palam :(
ReplyDeletesemua org sedih nak tinggalkan Palam. penat dah menangis. mcm bdk kecik dah :'(
ReplyDeleteamik la dgree kt palam nnt
ReplyDeleteinsyaAllah :)
Deletebila tgk gmbar..rasenye selalu terserempak... cume tak pasti je... :3
ReplyDeletekita selalu terserempak laa rasanya. cuma saya pun tak pasti itu awak ke tak hehe :)
Delete