Photobucket





Thursday, March 17, 2011

Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk U kali ke-7

hoho! da lama aku nak post entri ni sebenarnya. tp asyik bertunda jea. nak tahu kenapa? ni haa. internet gilaa. due to earthquake kott. aku nak story pasal aku pergi Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk U kali ke-7 yg diadakan pada 12 dan 13 Mac 2011 bertempat di Persada Johor, Johor Bahru, Malaysia. aku bukan pergi seorg diri. tp aku telah ditemani oleh Aniza dan Faiza. diorg ni kira bodyguard terhormat aku yg tak bergaji laa. haha. kat sini, macammacam maklumat mengenai pendidikan boleh didapati. ada pelbagai universiti serta kolej telah melibatkan diri dlm menyertai karnival ini. ada universiti dan kolej kerajaan. ada juga yang swasta. tp, utk karnival pendidikan kali ini, lebih banyak ipta yg melibatkan diri. mmg bagus! haha. antara universiti yg buka booth selama dua hari berturut-turut ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya. semua booth aku singgah. tanya itu dan ini. saja utk menambah pengetahuan utk memudahkan aku memilih course mana yg akan aku pilih nanti. hee.



hujung minggu ini, ada lg karnival mengenai pendidikan kat tempat yg sama. tatau laa aku akan pergi atau tak. tunggu jelaa nanti. :)

No comments:

Post a Comment