Photobucket





Saturday, March 12, 2011

Reunion Ibnu Sina di Seoul Garden.

it was awesome! HAHA! sebelum tuu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada cikgucikgu kelas ibnu sina tersayang kerana sanggup mengajar kami semasa kami berada di tingkatan lima dengan penuh sabar dalam melayani kerenah kami semua. jutaan terima kasih juga aku na ucapkan kepada cikgucikgu tersayang kerana sudi meluangkan masa bersama budakbudak ibnu sina di Seoul Garden, KSL City Mall siang td.

walaupun perjumpaan ini sebenarnya tidak dirancang dengan teliti, namun tetap meriah. antara guru terhebat yg hadir ialah Cikgu Hairi (merangkap cikgu matematik tambahan), Cikgu Hazrol (merangkap cikgu fizik), Cikgu Asliza (merangkap sbg cikgu kimia) dan suaminya. Cikgu Asliza dan suami adalah psgn romantik tadi. hee. pelajarpelajar yg hadir sperti biasa laa. mcm yg selalu hadir kelas ibnu sina tuu. hoho. aku, radin, saada, sai, janna dan fauzie.

kami rancang nak pergi ke KSL pukul 2pm. tp biasa laa. ada masalah teknikal sikit. haha. so, kteorg gerak pukul 2.30pm. time pergi, aku, rad dan fauzie naik kereta Ckg Hairi. Mercedes baru tuhh! haha. sai, saada dan janna naik kereta Ckg Asliza. layan. jalan sesak time nak g sana. hmm. biasa laa. weekend. Singaporean ramai turun JB.

sesampainya kami di sana, apalagi? borakborak. makanmakan. tp, Ckg Hazrol sampai lambat sikit. biasa laa. org bujang laa katakan. haha. jgn marah ckg. kidding. hee. segala benda yg ada dekat Seoul Garden dicuba. not bad. layan. haha. radin kata aku makan banyak gila. eh. yeke? macam tak jea. hoho.

makan, berbual, makan dan berbual. tuu jelaa aktiviti yg kteorg wat petang td. Ckg Hasliza dan suami adalah pasangan paling romantik siang tadi. haha. Ckg Hairi dan Ckg Hazrol pula, macam biasa laa. makan, berbual, makan, berbual. haha. friends? enjoying their meal laa. apalagi kann? haha.

sambil makanmakan, kteorg snap sana. snap sini. wat kenangan. yelaa. bukannya senang nak meluangkan masa bersama diorg macam tadi. hee. hmm. it'll be great kalau Ckg Asliza dan suami balik lambat. boleh snap banyakbanyak dengan ckg. haha.

dalam pukul 5.55pm, kteorg bertolak balik. time balik, aku, radin dan fauzie tumpang kereta Ckg Hazrol. saada, sai dan janna pula tumpang kereta Ckg Hairi pula. kepada cikgucikgu yg telah menghantar kami pulang ke Permas Jaya dengan selamat, terima kasih banyakbanyak yaa cikgu! lebihlebih lagi kepada Ckg Hazrol yg telah menghantar aku betulbetul kat depan gate rumah. thanks cikgu! hee

sebelum aku stop katakata aku kali ini, aku nak upload beberapa gambar kami kt Seoul Garden td.




that's all for today. thnx cz sudi baca entri saya kali ini. :)

2 comments: